Wednesday, December 7, 2011

Kolam Air Panas Sungai Gersik,Muar

Greetings.


Haritu kiteorang pergi bersantai kat kolam air panas.Banyak perubahan dah berlaku. Maintenance pun dah sangat baik berbanding tahun-tahun sebelum ni.Maybe sebab Kerajaan Johor dah take over tempat tu dan jadikan tempat rekreasi yang ada kualiti.


Sempat la jugak snap gambar.Maklumla, saya ni ada EOS 550 tapi sekarang dah jarang digunakan.Jadi, masa cuti ni je lah boleh manfaatkan DSLR kesayangan tu.


Enjoy yourself! :)


Entrance

Entrance pun dah baru :)

The pool
Kolam dah ada bumbung baru.

The hot spring
The pool looks blue.
Entrance

Totally different from the last time we came here.
Macam ular!
Sakit kaki bila jalan atas batu-batu kecik ni walaupun pakai selipar.

Nak  sewa chalet? 
Kan dah bagitau..Setiausaha Kerajaan Johor dah take over tempat ni..betul kan..? Rajin betul! :)


Simetri


Laluan ni pun rasanya baru diperbaiki.

Kolam air panas

Amacam..??  Jemput datang ke Kolam Air Panas Sungai Gersik ye :)










Monday, December 5, 2011

Disember datang lagi...

Kejohanan Bola Tampar MSSD  2011.

My team.SK Seri Jong,Muar.
Defending champion team for three years in a row.
Kau ada? hehe.
 
Me as the team manager.Under 12. MSSM 2011.

Johor Team. MSSM 2011.Kelantan.
Greetings..

Pejam celik,pejam celik, dah bulan Disember.Sekejap aje kan..
Adakah semua azam yang diharapkan dalam tempoh 11 bulan sebelum ni dah tercapai..??
Jawapannya: TIDAK SAMA SEKALI.hehehehe..

Let me be the only one yang tau azam apa yang dah tercapai.Korang xyah tau la yek.It's a secret!.huhu



Ok,sepanjang 11 bulan yang dah berlalu tu, macam-macam dah jadi.Yang best, yang x best, yang pelik, yang jelik,yang sedih,yang gembira,yang pahit,yang manis...ish! pendek kata macam-macam ada! 


The happiest moment sepanjang tahun 2011:

  1. TEAM VOLLEYBALL SK SERI JONG DAPAT PERTAHANKAN KEJUARAAN SELAMA TIGA TAHUN BERTURUT-TURUT!!!!
  2. SAYA DAPAT LANTIKAN JADI PENGERUSI TEKNIK UNTUK PERMAINAN BOLA TAMPAR DAERAH MUAR BAGI SEKOLAH RENDAH!!LEPAS TU TERUS KENA HANDLE PESTA BOLA TAMPAR MSSJ 2011 SEBAB MUAR JADI TUAN RUMAH. (macam nak mati je rasa sebab x tau apa-apa..!!)
  3. 1ST TIME JOIN TEAM VOLLEYBALL MSSM 2011 DI KELANTAN!! (best gilerrrrr!!!)
  4. ESJAY!!!
  5. MULA MENJADI PENGUMPUL BARANG KEMAS SEPERTI CINCIN DAN SEBAGAINYE.HEHEHE (orang pompuan..biasa la kan..)
Walaubagaimanapun..
Langit tak selalunya cerah.
Kadang-kadang, apa yang kita harapkan selalunya tidak akan menjadi kenyataan.Banyak juga perkara sedih yang dah terjadi sepanjang 2011.



The saddest things happened to me:

  1. PUTUS CINTA 2 KALI DALAM MASA SETAHUN (jangan cakap apa-apa ok!)
  2. DITUKARKAN  DARI DAERAH MUAR KE PASIR GUDANG (bulan Ogos haritu.cuba bayangkan keadaan saya pada masa tu)
  3. TERPAKSA MENINGGALKAN TEAM VOLLEYBALL SK SERI JONG
  4. DAN LAIN-LAIN.EHEHEHE (jangan marah..)

Banyak perkara yang dah berlaku dalam hidup saya.Setiap perkara yang telah terjadi ada hikmahnya.Sebagai manusia,kita hanya mampu berdoa dan berharap agar kita dapat tempuh segala dugaan dengan tenang dan sabar.Yang baik dijadikan tauladan,yang buruk dijadikan sempadan. Tak gitu?





Tuesday, November 29, 2011

Jobless Life...

Amacam?? besar x dewan ni? Kalau dewan sekolah pun dah besar,Maka sekolah pun besar le.ada lebih kurang 3000 murid kat sekolah ni .Bayangkan betapa 'seronok' mengajar di sini..
Greetings.

It's school holiday.Starting from 18 of November 2011 until 4 January 2012.Bunyi macam cuti lama je kannn..??? Tapi x pun sebenarnya.. Saya mula cuti dari 25 November 2011 until 24 Disember 2011.Kenapa cuti sekejap aje..? Sebab saya ni cikgu.Cikgu cuti x lama.Yang cuti lama cuma anak-anak murid aje.Sebelum bercuti,kena selesaikan tugas di sekolah.Maklumla, Saya ni baru je ditukarkan ke bumi Pasir Berdengung tu..hehehe..

So, kepada sesiapa yang suka cakap cikgu ni banyak cuti, just think about what you have said..Cikgu zaman sekarang x sama dengan cikgu zaman dulu-dulu.Rasanya ramai yang setuju dengan statement saya tu kan..Ada ke yang x setuju..? x setuju ke..? Ada saya kesah?? hehehe

My jobless life sudah bermula...
Hari-hari bangun tanpa fikirkan sebarang masalah yang berlaku di sekolah.
Hari-hari bangun tanpa fikirkan nak pakai baju apa..
Hari-hari bangun tanpa fikirkan nak pakai tudung warna apa..
Hari-hari bangun tanpa fikirkan nak pakai kasut mana.. untuk ke sekolah.
Pendek kata, x payah susah-susah nak fikir apa-apa. :)

Tapi..
Semuanya x seperti apa yang kita harapkan.
Bila cuti sekolah,sebenarnya ada banyak tugas sampingan yang menunggu di rumah. Maklumlah.. Saya ni masih bujang.Jadi, hampir semua urusan keluarga,saya yang buat. Urusan apa..?

Urusan ni la..
Yang pertama...: Menjadi PA kepada beloved mummy.

Yang kedua..: Menjadi driver kepada beloved daddy n mummy. (ayah dah malas nak bawak kereta sebab dia kata,dulu dia dah puas bawak keta.Bukan setakat kereta.Malahan trak askar yang besar tu dulu pun ayah dah selalu bawak.) Oh ye..ayah ni sebenarnye askar pencen.Masa kerja dulu,ayah jadi jurulatih memandu kat dalam kem.Rekrut semua panggil dia cikgu.
Alah..sebenarnya ayah malas nak drive sebab saya ada.kalau saya xde,ayah naik motor je kalau nak pergi mana-mana. :)

Yang ketiga..: Pergi pasar.

Yang keempat: Pergi kenduri dengan beloved mummy.

Yang kelima.... Yang keenam.. Yang ketujuh... Ish!!! banyak sangat lah kalau nak tulis kat sini.Malas nak taip! ehehe :P

Oklah! Setakat ni je lah yek.Nanti sambung lagi.Nak tengok tv.. ngeee ;)