Saturday, February 4, 2012

Kejohanan Bola Tampar MSSD Pasir Gudang 2012

Assalamualaikum.


Salam 1 Malaysia..Chewah! :P


Pada 1 dan 2 Februari haritu, Dila ada hantar team untuk bola tampar MSSD kat Stadium Tertutup Pasir Gudang. 2 team.1 team lelaki, 1 team perempuan.
Kira ni macam hasil usaha dan cubaan Dila yang pertama  untuk menanam minat supaya sayangkan sekolah baru.Pencapaian pun alhamdulillah..Amat membanggakan :)

Berbaloi  segala penat lelah..Tak sia-sia balik ke Pasir Gudang awal masa cuti haritu semata-mata nak latih pemain. Tak sia-sia jugak Dila jatuh & buat-buat pengsan kat hujung gelanggang masa latih budak-budak ni..hehehehe


Dua-dua team dapat masuk ke suku akhir.Tapi team lelaki tewas dengan team dari SK Ulu Tiram 2-0.Mungkin sebab ayam tambatan team lelaki xde.Dia pergi main badminton.Jadi, game jadi out of control skit.xpelah. 
Team perempuan dapat nombor 4 dalam daerah Pasir Gudang.Tewas dengan SK Seri Alam.Satu pencapaian yang membanggakan sebab sebelum ni xpernah lagi ada pencapaian apa-apa untuk bola tampar.


Tapi....
Dila sebenarnya rasa kecik hati skit dengan big boss dan bos-bos kecik yang lain.. Mesti korang tertanya-tanyakan..? Kenapa nak touching pulak..? 


Sebenarnya Dila x harapkan apa-apa dari mereka.Tapi apa lah salahnya kalau mereka ucapkan tahniah pada kami ni.. Terutama pada Dila dan assistant coach Dila yang dah latih player tu semua.Ni tidak... 


Bila big bos tanye:
 ''Ha Dila..!! macam mana budak-budak?"
"Team lelaki x lepas masa di suku akhir.Team perempuan dapat tempat keempat keseluruhan"


Lepas tu terus berlalu pergi macam tu aje sambil menunjukkan raut wajah yang menyentuh hati kecik Dila ni.. Muka  tu caranya mcm..: LA..DAPAT NO 4 JE KE..?


xde sebarang ucapan tahniah beb! 
Sayu betul hati Dila bila bos buat muka mcm tu...X sangka betul..


Lepas tu bos kecik pulak tanye:
''Macam mana Dila?''
''Perempuan dapat tempat keempat cikgu.Lelaki x lepas"


Bos kecik tersenyum sinis..Lepas tu dia membebel.
BUDAK-BUDAK TU X CUKUP LATIHAN.SAYA TENGOK MASA LAWAN SEMALAM DIEORG X BOLEH ANGKAT BOLA. KALAU DAPAT BOLA PUN PUKUL SUKA2 HATI JE.TU LA AWAK,SAYA SURUH AWAK BUAT LATIHAN WAKTU PAGI AWAK X BUAT.TAHUN DEPAN SAYA NAK PENCAPAIAN YANG LEBIH BAIK!!


Sentap x jiwa korang bila bos kecik cakap macam tu..?
xde sebarang ucapan tahniah tapi dapat hamburan kata-kata yang macam tu pulak..


Xpelah bos-bos sekelian..cakap la nak cakap apa pun.Yang latih player bukan kalian semua dan bukan assistant coach.Tapi SAYA.Saya tahu kemampuan player saya.


Masa yang suntuk menjadi masalah utama pencapaian kami.Walaupun hari-hari buat latihan tapi masih x cukup lagi untuk lahirkan pemain yang ada skill tapi hanya mampu lahirkan pemain yang boleh bermain..


Nasihat Dila pada semua bos yang ada kat Malaysia ni..: Hargailah hasil usaha anak buah walaupun pencapaian hanya sebesar zarah...


Renung-renungkan..Selamat beramal :I




Digging

Digging lagi...sampai muntah! hehe

Spiking pulak

Set then spike


Servis

Yang pegang mic tu lah Pengerusi Teknik utk Pasir Gudang

Teringat masa di MSSM tahun lepas
Cakap macam2 pun xde guna dah.. :)

Sahabat masa MSSM

Posing dulu..huhu

tengok! sebelum game sempat lagi posing. :)

Let the game begin..!

Suku akhir

Saya kena berdiri dari awal game sampai habis game.Kalau x,budak-budak ni takut.

Meriah

















Sunday, January 8, 2012

Good bye 2011,Welcome 2012

Greetings


Fuhh!! dah lama x update blog ni..huhu..
bukan xnak update tapi xde masa nak update..chewahh!! kesibukanku ini mengalahkan Menteri Kabinet pulak! :)


Hari ni 8.1.2012.
Hari ni hari jadi Nur Amira Zahira Binti Mustafa Kamal.My niece. Happy birthday,semoga menjadi anak solehah ye..


Hari ni dah masuk hari yang ke 8 dalam 2012.Masa untuk buka buku  baru bagi tahun 2012.
Tahun baru azam baru.Tapi macam mana dengan azam untuk tahun-tahun sebelum ni..? Wallahualam....


Semoga tahun 2012 memberi seribu kemanisan dalam hidup kita semua ya..

Wednesday, December 7, 2011

Kolam Air Panas Sungai Gersik,Muar

Greetings.


Haritu kiteorang pergi bersantai kat kolam air panas.Banyak perubahan dah berlaku. Maintenance pun dah sangat baik berbanding tahun-tahun sebelum ni.Maybe sebab Kerajaan Johor dah take over tempat tu dan jadikan tempat rekreasi yang ada kualiti.


Sempat la jugak snap gambar.Maklumla, saya ni ada EOS 550 tapi sekarang dah jarang digunakan.Jadi, masa cuti ni je lah boleh manfaatkan DSLR kesayangan tu.


Enjoy yourself! :)


Entrance

Entrance pun dah baru :)

The pool
Kolam dah ada bumbung baru.

The hot spring
The pool looks blue.
Entrance

Totally different from the last time we came here.
Macam ular!
Sakit kaki bila jalan atas batu-batu kecik ni walaupun pakai selipar.

Nak  sewa chalet? 
Kan dah bagitau..Setiausaha Kerajaan Johor dah take over tempat ni..betul kan..? Rajin betul! :)


Simetri


Laluan ni pun rasanya baru diperbaiki.

Kolam air panas

Amacam..??  Jemput datang ke Kolam Air Panas Sungai Gersik ye :)










Monday, December 5, 2011

Disember datang lagi...

Kejohanan Bola Tampar MSSD  2011.

My team.SK Seri Jong,Muar.
Defending champion team for three years in a row.
Kau ada? hehe.
 
Me as the team manager.Under 12. MSSM 2011.

Johor Team. MSSM 2011.Kelantan.
Greetings..

Pejam celik,pejam celik, dah bulan Disember.Sekejap aje kan..
Adakah semua azam yang diharapkan dalam tempoh 11 bulan sebelum ni dah tercapai..??
Jawapannya: TIDAK SAMA SEKALI.hehehehe..

Let me be the only one yang tau azam apa yang dah tercapai.Korang xyah tau la yek.It's a secret!.huhu



Ok,sepanjang 11 bulan yang dah berlalu tu, macam-macam dah jadi.Yang best, yang x best, yang pelik, yang jelik,yang sedih,yang gembira,yang pahit,yang manis...ish! pendek kata macam-macam ada! 


The happiest moment sepanjang tahun 2011:

  1. TEAM VOLLEYBALL SK SERI JONG DAPAT PERTAHANKAN KEJUARAAN SELAMA TIGA TAHUN BERTURUT-TURUT!!!!
  2. SAYA DAPAT LANTIKAN JADI PENGERUSI TEKNIK UNTUK PERMAINAN BOLA TAMPAR DAERAH MUAR BAGI SEKOLAH RENDAH!!LEPAS TU TERUS KENA HANDLE PESTA BOLA TAMPAR MSSJ 2011 SEBAB MUAR JADI TUAN RUMAH. (macam nak mati je rasa sebab x tau apa-apa..!!)
  3. 1ST TIME JOIN TEAM VOLLEYBALL MSSM 2011 DI KELANTAN!! (best gilerrrrr!!!)
  4. ESJAY!!!
  5. MULA MENJADI PENGUMPUL BARANG KEMAS SEPERTI CINCIN DAN SEBAGAINYE.HEHEHE (orang pompuan..biasa la kan..)
Walaubagaimanapun..
Langit tak selalunya cerah.
Kadang-kadang, apa yang kita harapkan selalunya tidak akan menjadi kenyataan.Banyak juga perkara sedih yang dah terjadi sepanjang 2011.



The saddest things happened to me:

  1. PUTUS CINTA 2 KALI DALAM MASA SETAHUN (jangan cakap apa-apa ok!)
  2. DITUKARKAN  DARI DAERAH MUAR KE PASIR GUDANG (bulan Ogos haritu.cuba bayangkan keadaan saya pada masa tu)
  3. TERPAKSA MENINGGALKAN TEAM VOLLEYBALL SK SERI JONG
  4. DAN LAIN-LAIN.EHEHEHE (jangan marah..)

Banyak perkara yang dah berlaku dalam hidup saya.Setiap perkara yang telah terjadi ada hikmahnya.Sebagai manusia,kita hanya mampu berdoa dan berharap agar kita dapat tempuh segala dugaan dengan tenang dan sabar.Yang baik dijadikan tauladan,yang buruk dijadikan sempadan. Tak gitu?





Tuesday, November 29, 2011

Jobless Life...

Amacam?? besar x dewan ni? Kalau dewan sekolah pun dah besar,Maka sekolah pun besar le.ada lebih kurang 3000 murid kat sekolah ni .Bayangkan betapa 'seronok' mengajar di sini..
Greetings.

It's school holiday.Starting from 18 of November 2011 until 4 January 2012.Bunyi macam cuti lama je kannn..??? Tapi x pun sebenarnya.. Saya mula cuti dari 25 November 2011 until 24 Disember 2011.Kenapa cuti sekejap aje..? Sebab saya ni cikgu.Cikgu cuti x lama.Yang cuti lama cuma anak-anak murid aje.Sebelum bercuti,kena selesaikan tugas di sekolah.Maklumla, Saya ni baru je ditukarkan ke bumi Pasir Berdengung tu..hehehe..

So, kepada sesiapa yang suka cakap cikgu ni banyak cuti, just think about what you have said..Cikgu zaman sekarang x sama dengan cikgu zaman dulu-dulu.Rasanya ramai yang setuju dengan statement saya tu kan..Ada ke yang x setuju..? x setuju ke..? Ada saya kesah?? hehehe

My jobless life sudah bermula...
Hari-hari bangun tanpa fikirkan sebarang masalah yang berlaku di sekolah.
Hari-hari bangun tanpa fikirkan nak pakai baju apa..
Hari-hari bangun tanpa fikirkan nak pakai tudung warna apa..
Hari-hari bangun tanpa fikirkan nak pakai kasut mana.. untuk ke sekolah.
Pendek kata, x payah susah-susah nak fikir apa-apa. :)

Tapi..
Semuanya x seperti apa yang kita harapkan.
Bila cuti sekolah,sebenarnya ada banyak tugas sampingan yang menunggu di rumah. Maklumlah.. Saya ni masih bujang.Jadi, hampir semua urusan keluarga,saya yang buat. Urusan apa..?

Urusan ni la..
Yang pertama...: Menjadi PA kepada beloved mummy.

Yang kedua..: Menjadi driver kepada beloved daddy n mummy. (ayah dah malas nak bawak kereta sebab dia kata,dulu dia dah puas bawak keta.Bukan setakat kereta.Malahan trak askar yang besar tu dulu pun ayah dah selalu bawak.) Oh ye..ayah ni sebenarnye askar pencen.Masa kerja dulu,ayah jadi jurulatih memandu kat dalam kem.Rekrut semua panggil dia cikgu.
Alah..sebenarnya ayah malas nak drive sebab saya ada.kalau saya xde,ayah naik motor je kalau nak pergi mana-mana. :)

Yang ketiga..: Pergi pasar.

Yang keempat: Pergi kenduri dengan beloved mummy.

Yang kelima.... Yang keenam.. Yang ketujuh... Ish!!! banyak sangat lah kalau nak tulis kat sini.Malas nak taip! ehehe :P

Oklah! Setakat ni je lah yek.Nanti sambung lagi.Nak tengok tv.. ngeee ;)